KERAJAAN ARAB SAUDI MENYEKAT KEMASUKAN JEMAAH UMRAH KE TANAH SUCI.
SALAM HORMAT
Wamakaru Wamakarallah Wallahu’khairun Makirin
Kerajaan Saudi telah menagguhkan kemasukan jemaah umrah ke Tanah Suci. Akan tetapi tiada arahan rasmi lagi sehingga waktu ini. Rujuk https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/659810/tiada-arahan-rasmi-gantung-visa-umrah
Jadi buat masa ini apa yang boleh kita buat?
- Bertenang. Jangan panik. Banyakkan istighfar.
- Hubungi travel agensi masing-masing bagi yang akan terbang dalam masa yang terdekat ini untuk memastikan mereka peka dengan isu yang berlaku pada hari ini. Bincang jalan terbaik untuk win-win situation.
- Perkara ini adalah di luar kawalan pihak travel agensi. Sehingga kini, kami sendiri masih menunggu apa yang akan terjadi seterusnya dengan flight, hotel, transport dan jadual perjalanan kami yang telah dibuat PEMBAYARAN SEPENUHNYA bagi perjalanan terdekat ini.
- Kami di pihak travel agensi berjanji akan menguruskan sebaiknya perjalanan ibadah anda. Pasti ada kebaikan terhadap apa yang berlaku pada hari ini. Kami juga akan update kepada para jemaah dari semasa ke semasa tentang perkembangan terkini berkenaan dengan kebenaran masuk ke Arab Saudi.
- Kita boleh berbincang untuk menangguhkan perjalanan atau merancang pada waktu lain bergantung kepada keadaan semasa.
- Mari sama-sama kita berdoa kepada Allah S.W.T kerana dariNya ia datang dan kepadaNya lah ia kembali. Maka kepada Dialah segala keputusan terletak.
- Kita perlu sedar tentang kelemahan kita dalam membuat percaturan di dunia ini dan tanpa Dia, kita hanyalah tiada apa-apa.
HJH AISHAH BINTI AHMAD
KP HAJI YUSOFF TRAVEL & TOURS SDN. BHD
